Official Elrah Exclusive Malaysia https://www.elrahexclusive.com Fri, 22 Mar 2024 08:17:29 +0000 en-US hourly 1 https://www.elrahexclusive.com/wp-content/uploads/2024/03/ico-150x150.png Official Elrah Exclusive Malaysia https://www.elrahexclusive.com 32 32 Pilihan Koleksi Baju Raya Lelaki https://www.elrahexclusive.com/pilihan-baju-raya-lelaki-elrah-exclusive/ https://www.elrahexclusive.com/pilihan-baju-raya-lelaki-elrah-exclusive/#respond Tue, 23 Jan 2024 10:26:40 +0000 https://www.elrahexclusive.com/?p=23791 Baju Melayu dan kurta adalah antara pilihan pakaian baju raya di pagi lebaran. Masing-masing ada peminatnya tersendiri. Ada sebab kenapa pilihan setiap individu berbeza samada untuk keselesaan atau gaya.

Selain baju Melayu dan kurta, ada juga yang memilih untuk memakai jubah. Jangan bimbang, Elrah Excluscive keluarkan semua plihan baju raya termasuk sampin.

Elrah Exclusive amat mementingkan gaya yang minimalist dan selesa. Walaupun baju Melayu dilihat sebagai pakaian tradisional, ia tetap boleh digayakan dengan gaya moden dan sesuai untuk golongan muda yang gemar bergaya.

Kami juga menghasilkan kurta dengan pelbagai corak klasik. Selain itu, kami pelbagaikan jenis potongan, kolar, kedudukan poket dan juga jenis lengan agar si pemakai tampak lebih kemas dan bergaya.


Perbezaan Antara Baju Raya: Kurta Dan Baju Melayu

Pemakaian kurta kini tidak lagi menjadi asing ketika hari raya. Namun begitu ramai juga yang masih tetap memilih baju Melayu. Untuk tahun 2024, apa pilihan baju raya untuk anda kaum lelaki? Kurta atau baju Melayu?

Jom lihat perbezaanya,

Kurta

Kurta dikatakan cukup popular dalam kalangan masyarakat Pakistan. Tetapi, ianya semakin menjadi trend sejak beberapa tahun ini di Malaysia kerana lebih mudah dipakai dan lebih praktikal berbanding baju Melayu. Selain hari raya, kurta juga sesuai dipakai dalam apa-apa majlis atau keraian.

Oleh kerana kurta sudah menjadi satu trend di Malaysia, banyak kurta telah direka dan diolah kearah lebih moden dan sesuai mengikut kehendak dan gaya lelaki terkini.

Jom lihat koleksi klasik dan plain Elrah di sini.

Baju Melayu

Baju Melayu juga dikenali sebagai pakaian tradisional dan kebangsaan untuk lelaki Melayu. Antara design baju Melayu yang paling popular dan menjadi pilihan ramai adalah baju Melayu Cekak Musang dan baju Melayu Teluk Belanga.

Berbanding kurta, baju Melayu didatangkan khas dalam satu set yang biasanya dilengkapi dengan seluar, sampin dan songkok. Memakai baju Melayu juga mengambil masa yang agak lama kerana banyak aksesori yang perlu digayakan sekali termasuk butang.


Koleksi Baju Raya: Baju Melayu Dan Kurta Di Elrah Exclusive

Di Elrah Exclusive, kami menyediakan pelbagai pilihan baju Melayu dan Kurta untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, malah terdapat lebih 60 variasi warna.

Kurta Adrean

baju raya 03 baju raya,pilihan baju raya lelaki,baju raya elrah,baju melayu,kurta

Kurta Adrean ini didatangi dengan kolar jenis cekak musang dan mempunyai jahitan halus yang kemas di sekeliling kolar dan butang.

Menggunakan material soft cotton yang akan terletak kemas di badan si pemakai. Buat mereka yang mementingkan keselesaan, inilah pilihan kurta yang terbaik untuk anda!

Kurta Atheef

baju raya 01 baju raya,pilihan baju raya lelaki,baju raya elrah,baju melayu,kurta

Didatangkan dengan kolar cekak musang dan 3 butang rona berbentuk logo Elrah Exclusive di hadapan. Kurta ini tidak mempunyai poket di bahagian sisi ataupun hadapan baju.

Material yang digunakan adalah soft cotton. Kurta ini boleh digayakan secara casual kerana cutting bajunya jenis relaxed fit – saiznya sedang elok iaitu tidak terlalu ketat atau longgar.

Kurta Klasik Adreus

baju raya 04 baju raya,pilihan baju raya lelaki,baju raya elrah,baju melayu,kurta

Kurta Klasik Adreus mempunyai kolar cekak musang dan 3 butang pada permukaan hadapan baju. Material yang digunakan adalah soft cotton dan tidak banyak pilihan warna yang tersedia untuk kurta jenis ini.

Ia juga mempunyai poket di bahagian dada baju bagi membolehkan anda menyimpan barangan yang ringan dan nipis.

Kurta Klasik Ittihad

baju raya 02 baju raya,pilihan baju raya lelaki,baju raya elrah,baju melayu,kurta

Untuk pengetahuan anda, kurta Ittihad dilengkapi dengan kolar cekak musang dan mempunyai satu butang di hadapan baju. Kurta berlengan panjang ini diperbuat daripada material soft cotton.

Jangan risau tentang masalah saiz baju kerana saiz kurta ini available daripada XXS hingga XXL.

Baju Melayu Magnificient

Baju Melayu Magnificient dari Elrah Exclusive direka khas supaya mesra wudhu dengan zip tersorok dibahagian lengan untuk memudahkan urusan mengambil wudhu dan di tepi hujung baju juga ada zip bagi memudahkan untuk menyarung pakaian.

Material yang digunakan adalah abloh crepe, breathable, tidak panas dan tidak jarang.

Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga mempunyai zip tersorok dibahagian lengan baju bagi memudahkan urusan mengambil wudhu dan juga zip tersorok di bahagian bawah tepi baju.

Selain itu, baju melayu ini juga menggunakan material abloh crepe dan cutting yang loose.

Baca Juga: Panduan Memilih Baju Raya Elrah Exclusive di Hari Raya


Jadi macam mana?

Dah buat pilihan ke samada nak pakai baju Melayu atau kurta tahun ini?

Jangan risau tentang warna, kami ada lebih 50 warna yang boleh dipilih daripada koleksi baju raya Elrah Exclusive.

Kalau anda dah tahu nak pilih yang mana satu, boleh lah cari warna yang anda inginkan di website kami. KLIK SINI.

]]>
https://www.elrahexclusive.com/pilihan-baju-raya-lelaki-elrah-exclusive/feed/ 0
Koleksi Baju Raya Sedondon Di Elrah Exclusive https://www.elrahexclusive.com/koleksi-baju-raya-sedondon-elrah-exclusive/ https://www.elrahexclusive.com/koleksi-baju-raya-sedondon-elrah-exclusive/#respond Tue, 23 Jan 2024 09:36:13 +0000 https://www.elrahexclusive.com/?p=23796 Tahu tak yang Elrah Exclusive ada keluarkan baju raya dengan variasi warna yang sama untuk mudah anda cari baju raya sedondon dengan keluarga?

Tak perlu pening nak cari kain untuk buat baju raya sedondon, dekat Elrah Exclusive ni ada lebih 100 warna yang anda boleh pilih supaya boleh sedondon dengan ahli keluarga yang lain. 

Kalau anda punya tema tahun ni warna kuning, kami dah list kan pilihan baju raya sedondon tema kuning yang sesuai untuk digandingkan dengan kaum wanita.

Baca Juga: Tema Warna Baju Raya: Top 10 Idea Tahun 2024


Koleksi Baju Raya Sedondon: Baju Melayu Magnificient 4.0

Warna: Yellow

baju raya sedondon 01 1 baju raya,pilihan baju raya lelaki,baju raya elrah,baju melayu,kurta

Baju Melayu dengan potongan Slim Fit ini direka khas bagi mereka yang mementingkan keselesaan dan pada masa yang sama ingin sentiasa kelihatan kemas. 

Diperbuat dengan material kain Abloh Crepe, kain ini tidak mudah panas. Sesuai untuk dipakai ketika hari raya dan juga majlis keraian yang lain.

Baju Melayu ini direka untuk memudahkan pergerakan si pemakai kerana mempunyai zip di bahagian kiri baju dan mempunyai tiga poket. Setiap pembelian baju Melayu ini akan disertakan sekali baju dan seluar.

Warna: Lime

baju raya sedondon 02 baju raya,pilihan baju raya lelaki,baju raya elrah,baju melayu,kurta

Jika anda mencari baju Melayu yang berwarna kuning yang tidak begitu menyerlah, maka anda boleh memilih warna Lime.

Baju Melayu warna Lime ini juga adalah daripada koleksi Baju Melayu Magnificient 4.0 yang baru dikeluarkan oleh Elrah Exclusive pada tahun 2023.

Saiz yang tersedia adalah daripada XXS sehingga XXL.

Dapatkan Baju Melayu Magnificient di sini.


Koleksi Baju Raya Sedondon: Kurta Matein

Warna: Lime

baju raya sedondon 03 baju raya,pilihan baju raya lelaki,baju raya elrah,baju melayu,kurta

Anda inginkan kelainan pada tahun ini dengan memilih untuk memakai kurta? Jangan bimbang, Elrah Exclusive juga menawarakan pilihan warna baju raya sedondon yang boleh anda pilih supaya sesuai dengan ahli keluarga yang lain.

Kurta Matein adalah kurta keluaran 2022 yang menggunakan material Kobe Cotton. Kurta ini juga mempunyai pilihan saiz dari XXS hingga ke XXL.

Dapatkan latest keluaran kurta Elrah di sini.


Nak cari baju raya sedondon memang tak susah. Tetapi, jika anda buat pembelian di saat-saat akhir, kemungkinan untuk saiz atau warna yang anda mahukan sudah kehabisan stok.

Jadi, jangan tunggu lama-lama. Meriahkan hari raya anda dengan baju raya sedondon seisi keluarga dengan koleksi dari Elrah Exclusive.

]]>
https://www.elrahexclusive.com/koleksi-baju-raya-sedondon-elrah-exclusive/feed/ 0
Idea Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal https://www.elrahexclusive.com/idea-jana-pendapatan-sampingan-tanpa-modal/ https://www.elrahexclusive.com/idea-jana-pendapatan-sampingan-tanpa-modal/#respond Wed, 17 Jan 2024 08:46:40 +0000 https://www.elrahexclusive.com/?p=23603 Mudah sangat nak jana pendapatan sampingan, hanya perlu laptop atau telefon bimbit dan internet sahaja. Lebih mudah nak buat duit extra jika anda join team Elrah Exclusive.

Sekarang ni semua benda di hujung jari, rugi kalau tak ambil peluang ini untuk buat duit lebih untuk raya.

Dalam artikel ini, kami kongsikan macam mana nak jana pendapatan sampingan dengan mudah tanpa modal!

Senarai idea jana pendapatan online yang anda boleh cuba!

Dropship

Sangat senang nak jana pendapatan melalui dropship. Anda hanya perlu jual produk orang lain tanpa perlu pegang stok dan buat penghantaran produk.

Ada founder yang tak kenakan apa-apa bayaran tapi ada juga yang mengenakan modal yang kecil sebagai yuran komitmen. 

Jika anda nak jadi dropship Elrah Exclusive dengan menjual baju melayu sangat digalakkan kerana komisen yang bakal anda dapat untuk satu baju adalah RM25.

Jom sertai projek raya Elrah Exclusive. Anda akan dapat komisyen hasil daripada jualan produk pelanggan yang anda uruskan.

Affiliate

Affiliate ni lebih kurang macam dropship. Tugas utama affiliate hanya perlu promosikan link khas yang diberikan oleh HQ untuk anda.

Anda akan dibayar bila orang buat pembelian melalui link yang dikongsikan. Lagi rajin anda promosikan link, lagi banyak komisyen yang bakal anda dapat.

Untuk jana pendapatan dengan menjadi affiliate Elrah Exclusive boleh daftar di sini.

Tulis Blog

Kalau anda nak jana pendapatan daripada menulis blog, anda boleh menulis mengenai orang, makanan, filem, muzik atau percutian.

Tapi untuk dapat income daripada blog akan ambil masa yang agak lama sebab anda perlu dapatkan jumlah pembaca yang ramai sebelum anda dapat bayaran.

Blog ni sangat sesuai untuk yang pandai menulis dan tidak mahu bercakap di depan kamera.

Design Poster

Sekarang banyak syarikat yang memerlukan orang yang mahir design untuk buat poster dan sebagainya.

Kalau anda ada kepakaran dalam membuat dan mengedit poster, boleh lah buat freelance untuk jana pendapatan sampingan dengan cara ini.

Influencer

Sekarang ramai yang bercita-cita untuk jadi influencer. 

Kalau anda ada kemahiran mengedit video dan gambar, pandai bercakap di depan kamera dan selalu mengikuti trend terkini, anda pun boleh jadi influencer.

Anda boleh gunakan platform media sosial seperti TikTok, YouTube dan Instagram. Bila bilangan pengikut anda dah ramai, boleh lah anda jana pendapatan dengan buat review pula.


Kelebihan jana pendapatan sampingan (dropship) dengan Elrah Exclusive

Tahu tak, tahun lepas jenama Elrah Exclusive melonjak naik pada musim Aidilfitri. Ramai betul yang beli baju raya dekat Elrah Exclusive

Nak tahu sebab apa Elrah Exclusive jadi pilihan utama?

  • Ada lebih 100 jenis warna baju melayu dan kurta
  • Size yang pelbagai dari XS-5XL
  • Juga ada baju kurung wanita dan budak
  • Jenis baju Melayu yang disukai ramai: teluk belanga & cekak musang.
  • 5 design baju kurta kualiti Cotton linen
  • Kolaborasi dengan artis terkenal

Kami yakin tahun ini pun Elrah Exclusive akan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Jadi, kalau anda nak jana pendapatan lebih sebelum raya, inilah masanya. Anda boleh join kami dengan menjadi dropship Elrah Exclusive.


Kenapa kena jadi dropship Elrah Exclusive?

  • Demand produk yang tinggi
  • Produk senang di jual
  • Profit yang tinggi (sehingga RM25 untuk sehelai baju Melayu)
  • Group support yang padu
  • Bahan marketing disediakan (Video, Gambar, Copywriting)
  • Tak perlu pegang stok, tak perlu packing dan pos produk
  • Reward yang menarik untuk top dropship
  • Kami hanya buka peluang kepada 100 orang terawal sahaja untuk sertai team dropship kami.

Dengan yuran serendah RM50, anda boleh jana pendapatan sehingga 4-5 angka!

Jom daftar dropshipElrah Exclusive di sini!

Baca Juga: Buat Duit Online Dengan Elrah Exclusive

Masa raya ni lah orang buat duit kaw-kaw! Rugi tau kalau tak join kami sekarang. Tinggal beberapa bulan je lagi nak raya. 

Kalau anda berminat untuk jana pendapatan dengan jadi dropship Elrah Exclusive, boleh contact kami di sini.

]]>
https://www.elrahexclusive.com/idea-jana-pendapatan-sampingan-tanpa-modal/feed/ 0
Cara Buat Duit Online Hanya Dari Rumah https://www.elrahexclusive.com/buat-duit-online/ https://www.elrahexclusive.com/buat-duit-online/#comments Wed, 17 Jan 2024 08:25:41 +0000 https://www.elrahexclusive.com/?p=23599 Mudah sangat nak buat duit online sekarang ni, semua benda dah di hujung jari. Dah masuk tahun 2024, semua orang kena pandai cari jalan untuk buat duit dengan mudah. 

Nak raya ni mesti ramai yang tercari-cari cara buat duit online sebab nak cari duit lebih untuk belanja raya kan?

Di Elrah Exclusive, kami ada tiga cara mudah kalau anda nak buat duit online:

  1. Jadi affiliate
  2. Jadi dropship
  3. Jadi ejen

Tapi dalam artikel ini, kami kongsikan step-by-step untuk anda buat duit dengan mudah melalui sistem affiliate Elrah Exclusive.


Tiga Langkah Mudah Join Affiliate Elrah Exclusive

Kalau anda nak buat duit dengan mudah, anda boleh join affiliate Elrah Exclusive. Tak perlu pegang stok pun, hanya promosikan link dan anda akan dapat komisyen bila ada pelanggan membeli daripada link tersebut.

Mudah kan? Sini kami ajarkan macam mana nak join affiliate Bulan Bintang. Ada tiga langkah mudah yang perlu anda ikut:

1. Daftar Akaun

Yuran pendaftaran dikenakan sekali sahaja. Tiada caj tersembunyi. Anda tak perlu beli apa-apa, malah anda akan dapat harga special jika anda beli baju dari Elrah Exclusive untuk anda sendiri. 

HQ juga akan menyediakan training, group support dan material yang anda perlukan selepas anda mendaftar sebagai affiliate. 

Bila dah daftar, setiap ejen akan terima link affiliate untuk dikongsikan di sosial media seperti Facebook, Instagram, Whatsapp atau Tik Tok masing-masing.

Link affiliate ini berbeza bagi setiap individu. Anda boleh menggunakan pelbagai cara untuk mempromosikan link affiliate anda seperti membuat video sendiri ataupun memuat naik video yang diberikan oleh HQ.

3. Dapat Komisen

Bila ada pelanggan yang klik link affiliate dan buat pembelian, ejen akan terima komisyen. Mudah kan? Sebab itu sangat sesuai untuk anda buat duit raya dengan hanya jadi affiliate Elrah Exclusive.


Luangkan masa 1-2 jam je sehari untuk promosikan link affiliate anda. Sangat mudah dan berbaloi untuk buat duit online sebelum raya. Apa tunggu lagi?

Jom buat duit online dengan sertai affiliate Elrah Exclusive.

]]>
https://www.elrahexclusive.com/buat-duit-online/feed/ 1
Panduan Memilih Baju Melayu Elrah Exclusive https://www.elrahexclusive.com/panduan-memilih-baju-melayu/ https://www.elrahexclusive.com/panduan-memilih-baju-melayu/#respond Wed, 17 Jan 2024 07:39:40 +0000 https://www.elrahexclusive.com/?p=23542 Baju Melayu Elrah Exclusive mendapat permintaan yang tinggi dan antara brand yang terkenal sewaktu hari raya. Jenama ini juga semakin gah apabila buat pertama kalinya mencipta sejarah tersendiri dengan menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw.

Bukan sahaja dari segi pemasaran, Elrah Exclusive sememangnya terkenal dengan kualiti dan fesyen baju Melayu yang menarik minat lelaki untuk membelinya kerana kualiti dan jahitan yang kemas.

Koleksi Baju Melayu Elrah Exclusive masih mengekalkan adat dan tradisi dengan penekanan kepada gaya yang minimalist, kemas dan moden. Jom ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut panduan memilih baju melayu pada hari raya.

baju melayu 04 baju raya,pilihan baju raya lelaki,baju raya elrah,baju melayu,kurta

Pakaian tradisional orang Melayu ini direka bertujuan melambangkan identiti bangsa. Pasti ada yang tertanya-tanya, berapa jenis Baju Melayu yang ada di Malaysia kan?

Di Malaysia terkenal dengan tiga jenis Baju Melayu yang sering menjadi pilihan popular kaum lelaki terutamanya ketika musim perayaan. Antaranya,

1. Baju Melayu Cekak Musang

Dinamakan Cekak Musang kerana kolar lehernya yang tinggi dan ‘mencekak’ tengkuk. Biasanya terdapat lima butang pada Baju Melayu Cekak Musang: dua di bahagian leher, dan tiga di bawahnya. Butang lima pada baju merujuk kepada lima Rukun Islam.

Baju Melayu Cekak Musang dijahit secara berpesak dan dipadankan dengan sampin yang dipakai di sebelah luar baju.

Dapatkan baju melayu cekak musang Elrah di sini.

2. Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga biasanya terkenal di Johor. Potongan pada bahagian leher Teluk Belanga ini dijahit secara sulaman samada jahitan tulang belut atau insang pari yang menyerupai jahitan leher pada baju kurung. Leher pada baju Teluk Belanga akan dikancing dengan satu butang yang membawa maksud tersirat, iaitu melambangkan Allah yang Satu. 

Baju ini mempunyai tiga kocek yang melambangkan Iman, Islam dan Ihsan. Sampin pula di pakai di sebelah dalam baju supaya tampil lebih kemas.

Lihat koleksi lain dan dapatkan baju melayu teluk belanga Elrah di sini.

3. Kurta

Elrah Exclusive mengeluarkan kurta tradisional dengan corak klasik bermula harga RM79 sahaja. Material yang digunakan sangat berkualiti tinggi, tidak panas, dan kain yang selesa sesuai untuk cuaca panas. Didatangkan dengan pelbagai warna dan saiz sehingga saiz XXL.

Jom lihat koleksi kurta Elrah Exclusive yang ada dengan pelbagai corak di sini.


Tips Membeli Baju Melayu di Elrah Exclusive

Bagi kaum wanita yang ingin memilih Baju Melayu untuk pasangan atau kaum lelaki dalam keluarga, ini tips yang perlu anda tahu. Kaum lelaki pun boleh cuba tips ini ketika memilih Baju Melayu untuk diri sendiri.

Cutting Baju

Perkara pertama yang perlu diambil kira ketika memilih baju Melayu adalah potongan atau cutting baju tersebut. Pastikan cutting baju yang dibeli tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat untuk nampak lebih kemas.

Jenis Kain

Jenis kain dan material baju juga penting memandangkan cuaca di Malaysia yang panas terutamanya pada waktu tengah hari. Pastikan material yang dipilih tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis. Yang penting mestilah selesa dipakai dan tidak menampakkan peluh. Kain yang sesuai untuk baju melayu adalah cotton linen.

Warna Baju

baju melayu

Pilihlah warna yang lebih natural seperti warna-warna pastel supaya mudah untuk dipadankan dengan samping. Warna baju melayu yang terang agak susah untuk dipadankan dengan samping yang sesuai, dan kemungkinan besar baju Melayu tersebut tidak akan dipakai lagi selepas Raya. Warna paling selamat untuk para lelaki adalah hitam, beige, silver atau grey.

Jika anda taktahu nak pilih warna apa, baca artikel di bawah.

Artikel Berkaitan: Tema Warna Baju Raya 2024

Samping

Samping membuatkan si pemakai baju tradisional ini kelihatan lebih segak dan kemas. Baju Melayu yang dipakai akan tampak lebih berseri apabila anda memakai samping yang berwarna cerah. Kebiasaanya sampin yang selalu di jual di pasaran adalah dari kain songket.


Terdapat pelbagai jenis baju Melayu di pasaran yang telah diubah sedikit moden dan juga ada yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Pilihlah baju Melayu mengikut kesesuaian dan gaya badan anda sama ada jenis Cekak Musang, Teluk Belanga atau baju melayu moden.

Jangan lupa untuk dapatkan baju raya anda bersama Elrah Exclusive. Jika anda ingin lihat lebih banyak koleksi baju Melayu Elrah anda boleh terus ke website kami di sini.

]]>
https://www.elrahexclusive.com/panduan-memilih-baju-melayu/feed/ 0
Tema Warna Baju Raya: Top 10 Idea Tahun 2024 https://www.elrahexclusive.com/tema-warna-baju-raya/ https://www.elrahexclusive.com/tema-warna-baju-raya/#comments Tue, 16 Jan 2024 07:16:50 +0000 https://www.elrahexclusive.com/?p=22766 Lagi beberapa bulan kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Mesti ada yang pening nak pilih tema warna baju raya tahun ni kan? Takde idea? Jom baca artikel ini.

Sejak setahun dua kebelakangan ini, warna-warna pastel sudah semakin kurang mendapat sambutan. Rakyat Malaysia kini lebih berani dalam berfesyen dan memilih warna-warna yang terang untuk digayakan pada musim perayaan. Berdasarkan warna trend tahun ini adalah brick orange. Betul ke?

Sebelum itu tips pilih warna yang cantik apabila dipakai adalah berdasarkan skin tone anda. Anda boleh buat pemeriksaan warna mana yang sesuai dengan skin anda.

Jom tengok warna tema baju raya yang sesuai dengan tona warna anda dan pasangan anda.

1. Brick Orange

Warna brick orange seakan menjadi trend pada tahun ini. Anda boleh pilih untuk dijadikan warna tema seisi keluarga.

Warna orange brick adalah kombinasi gabungan warna antara merah dan jingga. Gabungan kedua-dua warna ini menghasilkan warna yang menarik perhatian dan sesuai dijadikan pilihan bagi sebarang jenis reka bentuk pakaian.

2. Sundial Yellow

Warna Sundial berkonsepkan jam tangan matahari. Warna ini seakan gabungan antara warna emas, coklat dan cream. Ia kelihatan seperti jingga pada waktu senja. Sundial yellow sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang panas.

3. Luscious Red

Sesuai dengan mereka yang mempunyai tona warna panas. Luscious Red adalah warna yang paling terang antara semua idea warna baju raya tahun 2024. 

Warna merah ini membuatkan si pemakai kelihatan penuh keseronokan, keinginan dan keghairahan. Bagi anda yang memiliki personaliti yang riang, mungkin warna ini sesuai untuk baju raya anda pada tahun ini.

4. Tranquil Blue

Tranquil blue adalah warna gabungan antara tone aqua dan marine yang mempunyai unsur udara dan air dan sesuai untuk mereka yang mempunyai tona warna sejuk.

Warna biru sering dikaitkan dengan ketenangan dan keharmonian. Warna ini memberikan rasa kedamaian dan membuatkan suasana menjadi tenang.

Tranquil blue juga boleh dikatakan warna yang selamat untuk digayakan pada mana-mana majlis dan perayaan.

5. Verdigris

Nama Verdigris yang unik merupakan warna hijau tembaga dengan campuran yang seimbang antara warna biru dan warna hijau. Warna ini mudah dipadankan dengan warna lain dan mempunyai kesan natural. 

Verdigris sesuai diperagakan oleh anak-anak muda yang sukakan benda baru dan kelainan. Gabungan warna hijau dan biru dalam Verdigris sesuai untuk mereka yang bertona sejuk.

7. Sapphire Blue

Warna Sapphire Blue ini nampak eksklusif apabila digayakan dan dikenali juga sebagai warna yang menenangkan. Sapphire Blue juga merupakan warna pilihan pada tahun lepas dan masih relevan untuk digayakan pada tahun 2024 ini.

8. Burgundy

Burgundy adalah warna merah gelap yang seringkali dikaitkan dengan kemewahan dan kegembiraan. Warna ini sesuai dijadikan tema warna baju raya kerana mempunyai vibe yang classy dan warm. Pemakai warna ini terlihat elegan dan dapat menimbulkan kehangatan dalam hubungan persaudaraan semasa hari raya.

9. Lemon Yellow

Warna lemon yellow adalah warna kuning cerah seperti warna lemon. Warna ini membuatkan pemakainya kelihatan lebih ceria dan bersemangat dan sangat sesuai untuk digayakan pada hari raya.

Bukan itu sahaja, warna lemon yellow juga melambangkan kecerian, kebahagian dan memberikan mood yang menyegarkan. Jika anda pilih warna ini sebagai tema baju raya tahun ini, anda akan membuatkan orang sekeliling menjadi lebih ceria dan riang.

10. Lime Green

Warna lime green adalah warna hijau cerah dan mirip seperti warna limau. Pemakai warna ini memberikan efek yang menyegarkan kepada orang sekeliling. Warna ini melambangkan kehidupan dan kegembiraan. Lime green sangat sesuai dipakai seisi keluarga ketika di hari raya.


Cadangan Tema Warna Baju Raya Elrah Exclusive

Selain daripada warna-warna di atas, Elrah Exclusive juga dah ada ramalan untuk warna tema baju raya tahun ini. Kami keluarkan baju raya yang sesuai dengan warna tema ramalan kami. 

Untuk kaum lelaki, tak perlu susah-susah pergi kedai dah, anda boleh order terus di website kami. KLIK SINI. Di bawah ini kami kongsikan warna pilihan kami untuk tema raya tahun ini:

Baby Blue

tema warna baju raya 01 baju raya,pilihan baju raya lelaki,baju raya elrah,baju melayu,kurta

Warna ini warna yang paling popular dalam kumpulan warna biru. Warna baby blue selalu dijadikan pilihan oleh golongan muda sebagai tema warna baju raya. Sesuai dipadankan dengan warna seperti krim, lemonade yellow, pink, peach dan apricot.

Material  yang digunakan adalah Abloh Crepe dengan tekstur yang lembut dan sejuk memberikan rasa yang selesa kepada pemakai walaupun pada siang hari yang panas.

Silver

tema warna baju raya 02 baju raya,pilihan baju raya lelaki,baju raya elrah,baju melayu,kurta

Silver biasanya dikaitkan dengan status dan kemewahan. Warna yang sesuai dipadankan dengan warna silver adalah warna light pink, light blue, light purple dan light green.

Warna silver sesuai dijadikan tema warna baju raya anda tahun ini kerana sangat mudah untuk dipadankan dengan warna lain. bagi pemilihan sampin juga sangat mudah jika anda memilih warna ini.

Nude

tema warna baju raya 03 baju raya,pilihan baju raya lelaki,baju raya elrah,baju melayu,kurta

Warna nude berdasarkan warna kulit orang Caucasians iaitu gabungan antara warna coklat pucat dan putih. Warna ini membuatkan pemakainya kelihatan elegan, praktikal dan moden.

Nude adalah warna yang sangat cantik kalau dijadikan tema tahun ini kerana boleh disesuaikan dengan pelbagai warna lain termasuk warna hitam dan coklat gelap. pasangan anda boleh memilih warna nude yang sama mahupun warna coklat yang sedikit gelap seperti brown atau ash brown.

Jika anda memilih warna ini untuk di pakai di pagi lebaran, anda boleh memakainya dengan sampin berwarna gold, hitam atau warna coklat gelap.

Jika anda nak dapatkan warna seperti ini boleh klik link DI SINI.


Akhir kata, pemilihan tema warna baju raya sangat penting kerana raya hanya disambut setahun sekali. Lebih istimewa bila disambut dengan keluarga dengan tema warna yang sama.

Selain baju kurung, baju Melayu dan kurta untuk lelaki juga mempunyai pelbagai jenis warna yang boleh dipadankan dengan tema warna baju raya golongan wanita.

Serlahkan keceriaan anda di pagi raya dengan ELRAH EXCLUSIVE.

]]>
https://www.elrahexclusive.com/tema-warna-baju-raya/feed/ 2