Panduan Memilih Baju Melayu Elrah Exclusive di Hari Raya

baju melayu

Baju Melayu Elrah Exclusive mendapat permintaan yang tinggi dan antara brand yang terkenal sewaktu hari raya. Jenama ini juga semakin gah apabila buat pertama kalinya mencipta sejarah tersendiri dengan menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw.

Bukan sahaja dari segi pemasaran, Elrah Exclusive sememangnya terkenal dengan kualiti dan fesyen baju Melayunya yang membuatkan semakin ramai pelanggan yang memilih jenama ini untuk di pakai di hari raya.

Di Elrah Exclusive, koleksi baju Melayu kami masih mengekalkan adat dan tradisi dengan penekanan kepada gaya yang minimalist, kemas dan moden.

Panduan Memilih Baju Melayu Elrah Exclusive di Hari Raya baju melayu

Pakaian tradisional orang Melayu ini direka bertujuan melambangkan identiti bangsa. Pasti ada yang tertanya-tanya, berapa jenis baju Melayu yang ada dalam Malaysia ini, bukan?

Sebenarnya ada tiga jenis baju Melayu yang sering menjadi pilihan popular kaum lelaki terutamanya ketika di musim perayaan dan juga untuk ke majlis-majlis tertentu.

1. Baju Melayu Cekak Musang

Dinamakan Cekak Musang kerana kolar lehernya yang tinggi dan ‘mencekak’ tengkuk. Biasanya terdapat lima butang pada Baju Melayu Cekak Musang; dua di bahagian leher, dan tiga di bawahnya. Butang lima pada baju merujuk kepada lima Rukun Islam.

Baju Melayu Cekak Musang dijahit berpesak. Ia juga dikenali dengan potongan moden. Lengan Baju Cekak Musang disambungkan kepada badan baju dengan cara pesak. Sambungan jahitan ini menjadikan potongan baju kelihatan lebih moden. Baju Melayu ini dipadankan dengan samping yang dipakai di sebelah luar baju.

2. Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga biasanya terkenal di Johor. Potongan pada bahagian leher Teluk Belanga ini dijahit secara sulaman samada jahitan tulang belut atau insang pari yang menyerupai jahitan leher pada baju kurung.

Leher pada baju Teluk Belanga akan dikancing dengan satu butang yang membawa maksud tersirat, iaitu melambangkan Allah yang Satu. 

Baju ini mempunyai tiga kocek yang melambangkan Iman, Islam dan Ihsan. Seluar pula seakan seperti seluar Cina kerana kakinya lebih luas dan bertongkah. Samping pula di pakai di sebelah dalam baju dan lebihan samping akan kelihatan sedikit di bahagian luar baju.

3. Baju Melayu Moden

Elrah Exclusive mengeluarkan baju Melayu Moden dengan cutting slim fit. Baju tradisional ini dimodenkan dan direka khas tanpa pesak tetapi tetap mempunyai zip di bahagian kiri baju.

Saiz yang boleh didapati adalah dari saiz XXS sehingga ke XXL. Material yang digunakan pula adalah berlainan bagi setiap edisi baju Melayu antaranya ialah Regal Zenottie Crepe dan Abloh Crepe.

Terdapat hampir 50 warna baju Melayu yang boleh didapatkan di Elrah Exclusive dari warna soft hingga warna bold.


Tips jika ingin membeli Baju Melayu di Elrah Exclusive

Bagi kaum wanita yang ingin memilih baju Melayu untuk pasangan atau kaum lelaki dalam keluarga, ini tips yang perlu anda tahu. Kaum lelaki pun boleh cuba tips ini ketika memilih baju Melayu untuk diri sendiri.

Cutting Baju

baju melayu

Perkara pertama yang perlu diambil kira ketika memilih baju Melayu adalah potongan atau cutting baju tersebut. Pastikan cutting baju yang dibeli tidak terlalu longgar dan tidak terlalu fit untuk nampak lebih kemas dan smart.

Jenis Kain

Jenis kain dan material baju juga penting memandangkan cuaca di Malaysia yang panas terutamanya pada waktu tengah hari. Pastikan material yang dipilih tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis. Yang penting mestilah selesa dipakai dan tidak menampakkan peluh. 

Warna Baju

baju melayu

Kalau ada warna tema, proses untuk memilih baju jadi lebih mudah. Tetapi sekiranya tiada, pilihlah warna yang lebih natural seperti warna-warna pastel supaya mudah untuk dipadankan dengan samping.

Warna baju melayu yang terang agak susah untuk dipadankan dengan samping yang sesuai, dan kemungkinan besar baju Melayu tersebut tidak akan dipakai lagi selepas Raya.

Baca Juga: Tema Warna Baju Raya: Top 10 Idea Tahun 2024

Butang Baju Melayu

baju melayu

Ramai yang terlepas pandang dengan kepentingan butang pada baju Melayu. Butang yang bersifat unik dan cantik boleh menaikkan lagi taraf kecantikan baju melayu yang dipakai. Jadi, pemilihan butang yang tepat juga perlu dibuat untuk dipadankan dengan warna baju Melayu.

Samping

Samping membuatkan si pemakai baju tradisional ini kelihatan lebih segak dan kemas. Baju Melayu yang dipakai akan tampak lebih berseri apabila anda memakai samping yang berwarna cerah.

Tetapi, jika baju raya yang anda pilih tidak sedondon dengan pasangan, anda juga boleh memakai samping yang sama warna dengan baju kurung pasangan anda untuk nampak sedondon.

Selain samping songket yang sering menjadi pilihan, ada juga sesetengah orang yang suka memakai samping daripada kain pelikat.


Terdapat pelbagai jenis baju Melayu di pasaran yang telah diubah sedikit moden dan juga yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Pilihlah baju Melayu mengikut kesesuaian dan gaya si pemakai, tidak kisah jika baju tersebut jenis Cekak Musang, Teluk Belanga atau moden.

Jangan lupa untuk dapatkan baju raya anda awal supaya warna idaman anda tidak kehabisan stok. Jika anda ingin lihat lebih banyak koleksi baju Melayu Elrah Exclusive, anda boleh terus ke website kami.

Layari website kami untuk lihat update terkini.

1 Comment

  1. […] Baca Juga: Panduan Memilih Baju Raya Elrah Exclusive di Hari Raya […]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *