Pilihan Koleksi Baju Raya Lelaki

Baju Melayu dan kurta adalah antara pilihan pakaian baju raya di pagi lebaran. Masing-masing ada peminatnya tersendiri. Ada sebab kenapa pilihan setiap individu berbeza samada untuk keselesaan atau gaya.

Selain baju Melayu dan kurta, ada juga yang memilih untuk memakai jubah. Jangan bimbang, Elrah Excluscive keluarkan semua plihan baju raya termasuk sampin.

Elrah Exclusive amat mementingkan gaya yang minimalist dan selesa. Walaupun baju Melayu dilihat sebagai pakaian tradisional, ia tetap boleh digayakan dengan gaya moden dan sesuai untuk golongan muda yang gemar bergaya.

Kami juga menghasilkan kurta dengan pelbagai corak klasik. Selain itu, kami pelbagaikan jenis potongan, kolar, kedudukan poket dan juga jenis lengan agar si pemakai tampak lebih kemas dan bergaya.


Perbezaan Antara Baju Raya: Kurta Dan Baju Melayu

Pemakaian kurta kini tidak lagi menjadi asing ketika hari raya. Namun begitu ramai juga yang masih tetap memilih baju Melayu. Untuk tahun 2024, apa pilihan baju raya untuk anda kaum lelaki? Kurta atau baju Melayu?

Jom lihat perbezaanya,

Kurta

Kurta dikatakan cukup popular dalam kalangan masyarakat Pakistan. Tetapi, ianya semakin menjadi trend sejak beberapa tahun ini di Malaysia kerana lebih mudah dipakai dan lebih praktikal berbanding baju Melayu. Selain hari raya, kurta juga sesuai dipakai dalam apa-apa majlis atau keraian.

Oleh kerana kurta sudah menjadi satu trend di Malaysia, banyak kurta telah direka dan diolah kearah lebih moden dan sesuai mengikut kehendak dan gaya lelaki terkini.

Jom lihat koleksi klasik dan plain Elrah di sini.

Baju Melayu

Baju Melayu juga dikenali sebagai pakaian tradisional dan kebangsaan untuk lelaki Melayu. Antara design baju Melayu yang paling popular dan menjadi pilihan ramai adalah baju Melayu Cekak Musang dan baju Melayu Teluk Belanga.

Berbanding kurta, baju Melayu didatangkan khas dalam satu set yang biasanya dilengkapi dengan seluar, sampin dan songkok. Memakai baju Melayu juga mengambil masa yang agak lama kerana banyak aksesori yang perlu digayakan sekali termasuk butang.


Koleksi Baju Raya: Baju Melayu Dan Kurta Di Elrah Exclusive

Di Elrah Exclusive, kami menyediakan pelbagai pilihan baju Melayu dan Kurta untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, malah terdapat lebih 60 variasi warna.

Kurta Adrean

baju raya baju raya 03

Kurta Adrean ini didatangi dengan kolar jenis cekak musang dan mempunyai jahitan halus yang kemas di sekeliling kolar dan butang.

Menggunakan material soft cotton yang akan terletak kemas di badan si pemakai. Buat mereka yang mementingkan keselesaan, inilah pilihan kurta yang terbaik untuk anda!

Kurta Atheef

baju raya baju raya 01

Didatangkan dengan kolar cekak musang dan 3 butang rona berbentuk logo Elrah Exclusive di hadapan. Kurta ini tidak mempunyai poket di bahagian sisi ataupun hadapan baju.

Material yang digunakan adalah soft cotton. Kurta ini boleh digayakan secara casual kerana cutting bajunya jenis relaxed fit – saiznya sedang elok iaitu tidak terlalu ketat atau longgar.

Kurta Klasik Adreus

baju raya baju raya 04

Kurta Klasik Adreus mempunyai kolar cekak musang dan 3 butang pada permukaan hadapan baju. Material yang digunakan adalah soft cotton dan tidak banyak pilihan warna yang tersedia untuk kurta jenis ini.

Ia juga mempunyai poket di bahagian dada baju bagi membolehkan anda menyimpan barangan yang ringan dan nipis.

Kurta Klasik Ittihad

baju raya baju raya 02

Untuk pengetahuan anda, kurta Ittihad dilengkapi dengan kolar cekak musang dan mempunyai satu butang di hadapan baju. Kurta berlengan panjang ini diperbuat daripada material soft cotton.

Jangan risau tentang masalah saiz baju kerana saiz kurta ini available daripada XXS hingga XXL.

Baju Melayu Magnificient

Baju Melayu Magnificient dari Elrah Exclusive direka khas supaya mesra wudhu dengan zip tersorok dibahagian lengan untuk memudahkan urusan mengambil wudhu dan di tepi hujung baju juga ada zip bagi memudahkan untuk menyarung pakaian.

Material yang digunakan adalah abloh crepe, breathable, tidak panas dan tidak jarang.

Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga mempunyai zip tersorok dibahagian lengan baju bagi memudahkan urusan mengambil wudhu dan juga zip tersorok di bahagian bawah tepi baju.

Selain itu, baju melayu ini juga menggunakan material abloh crepe dan cutting yang loose.

Baca Juga: Panduan Memilih Baju Raya Elrah Exclusive di Hari Raya


Jadi macam mana?

Dah buat pilihan ke samada nak pakai baju Melayu atau kurta tahun ini?

Jangan risau tentang warna, kami ada lebih 50 warna yang boleh dipilih daripada koleksi baju raya Elrah Exclusive.

Kalau anda dah tahu nak pilih yang mana satu, boleh lah cari warna yang anda inginkan di website kami. KLIK SINI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *