Tema Warna Baju Raya: Top 10 Idea Tahun 2024

tema warna baju raya

Lagi beberapa bulan kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Mesti ada yang pening nak pilih tema warna baju raya tahun ni kan? Takde idea? Jom baca artikel ini.

Sejak setahun dua kebelakangan ini, warna-warna pastel sudah semakin kurang mendapat sambutan. Rakyat Malaysia kini lebih berani dalam berfesyen dan memilih warna-warna yang terang untuk digayakan pada musim perayaan. Berdasarkan warna trend tahun ini adalah brick orange. Betul ke?

Sebelum itu tips pilih warna yang cantik apabila dipakai adalah berdasarkan skin tone anda. Anda boleh buat pemeriksaan warna mana yang sesuai dengan skin anda.

Jom tengok warna tema baju raya yang sesuai dengan tona warna anda dan pasangan anda.

1. Brick Orange

Warna brick orange seakan menjadi trend pada tahun ini. Anda boleh pilih untuk dijadikan warna tema seisi keluarga.

Warna orange brick adalah kombinasi gabungan warna antara merah dan jingga. Gabungan kedua-dua warna ini menghasilkan warna yang menarik perhatian dan sesuai dijadikan pilihan bagi sebarang jenis reka bentuk pakaian.

2. Sundial Yellow

Warna Sundial berkonsepkan jam tangan matahari. Warna ini seakan gabungan antara warna emas, coklat dan cream. Ia kelihatan seperti jingga pada waktu senja. Sundial yellow sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang panas.

3. Luscious Red

Sesuai dengan mereka yang mempunyai tona warna panas. Luscious Red adalah warna yang paling terang antara semua idea warna baju raya tahun 2024. 

Warna merah ini membuatkan si pemakai kelihatan penuh keseronokan, keinginan dan keghairahan. Bagi anda yang memiliki personaliti yang riang, mungkin warna ini sesuai untuk baju raya anda pada tahun ini.

4. Tranquil Blue

Tranquil blue adalah warna gabungan antara tone aqua dan marine yang mempunyai unsur udara dan air dan sesuai untuk mereka yang mempunyai tona warna sejuk.

Warna biru sering dikaitkan dengan ketenangan dan keharmonian. Warna ini memberikan rasa kedamaian dan membuatkan suasana menjadi tenang.

Tranquil blue juga boleh dikatakan warna yang selamat untuk digayakan pada mana-mana majlis dan perayaan.

5. Verdigris

Nama Verdigris yang unik merupakan warna hijau tembaga dengan campuran yang seimbang antara warna biru dan warna hijau. Warna ini mudah dipadankan dengan warna lain dan mempunyai kesan natural. 

Verdigris sesuai diperagakan oleh anak-anak muda yang sukakan benda baru dan kelainan. Gabungan warna hijau dan biru dalam Verdigris sesuai untuk mereka yang bertona sejuk.

7. Sapphire Blue

Warna Sapphire Blue ini nampak eksklusif apabila digayakan dan dikenali juga sebagai warna yang menenangkan. Sapphire Blue juga merupakan warna pilihan pada tahun lepas dan masih relevan untuk digayakan pada tahun 2024 ini.

8. Burgundy

Burgundy adalah warna merah gelap yang seringkali dikaitkan dengan kemewahan dan kegembiraan. Warna ini sesuai dijadikan tema warna baju raya kerana mempunyai vibe yang classy dan warm. Pemakai warna ini terlihat elegan dan dapat menimbulkan kehangatan dalam hubungan persaudaraan semasa hari raya.

9. Lemon Yellow

Warna lemon yellow adalah warna kuning cerah seperti warna lemon. Warna ini membuatkan pemakainya kelihatan lebih ceria dan bersemangat dan sangat sesuai untuk digayakan pada hari raya.

Bukan itu sahaja, warna lemon yellow juga melambangkan kecerian, kebahagian dan memberikan mood yang menyegarkan. Jika anda pilih warna ini sebagai tema baju raya tahun ini, anda akan membuatkan orang sekeliling menjadi lebih ceria dan riang.

10. Lime Green

Warna lime green adalah warna hijau cerah dan mirip seperti warna limau. Pemakai warna ini memberikan efek yang menyegarkan kepada orang sekeliling. Warna ini melambangkan kehidupan dan kegembiraan. Lime green sangat sesuai dipakai seisi keluarga ketika di hari raya.


Cadangan Tema Warna Baju Raya Elrah Exclusive

Selain daripada warna-warna di atas, Elrah Exclusive juga dah ada ramalan untuk warna tema baju raya tahun ini. Kami keluarkan baju raya yang sesuai dengan warna tema ramalan kami. 

Untuk kaum lelaki, tak perlu susah-susah pergi kedai dah, anda boleh order terus di website kami. KLIK SINI. Di bawah ini kami kongsikan warna pilihan kami untuk tema raya tahun ini:

Baby Blue

tema warna baju raya tema warna baju raya 01

Warna ini warna yang paling popular dalam kumpulan warna biru. Warna baby blue selalu dijadikan pilihan oleh golongan muda sebagai tema warna baju raya. Sesuai dipadankan dengan warna seperti krim, lemonade yellow, pink, peach dan apricot.

Material  yang digunakan adalah Abloh Crepe dengan tekstur yang lembut dan sejuk memberikan rasa yang selesa kepada pemakai walaupun pada siang hari yang panas.

Silver

tema warna baju raya tema warna baju raya 02

Silver biasanya dikaitkan dengan status dan kemewahan. Warna yang sesuai dipadankan dengan warna silver adalah warna light pink, light blue, light purple dan light green.

Warna silver sesuai dijadikan tema warna baju raya anda tahun ini kerana sangat mudah untuk dipadankan dengan warna lain. bagi pemilihan sampin juga sangat mudah jika anda memilih warna ini.

Nude

tema warna baju raya tema warna baju raya 03

Warna nude berdasarkan warna kulit orang Caucasians iaitu gabungan antara warna coklat pucat dan putih. Warna ini membuatkan pemakainya kelihatan elegan, praktikal dan moden.

Nude adalah warna yang sangat cantik kalau dijadikan tema tahun ini kerana boleh disesuaikan dengan pelbagai warna lain termasuk warna hitam dan coklat gelap. pasangan anda boleh memilih warna nude yang sama mahupun warna coklat yang sedikit gelap seperti brown atau ash brown.

Jika anda memilih warna ini untuk di pakai di pagi lebaran, anda boleh memakainya dengan sampin berwarna gold, hitam atau warna coklat gelap.

Jika anda nak dapatkan warna seperti ini boleh klik link DI SINI.


Akhir kata, pemilihan tema warna baju raya sangat penting kerana raya hanya disambut setahun sekali. Lebih istimewa bila disambut dengan keluarga dengan tema warna yang sama.

Selain baju kurung, baju Melayu dan kurta untuk lelaki juga mempunyai pelbagai jenis warna yang boleh dipadankan dengan tema warna baju raya golongan wanita.

Serlahkan keceriaan anda di pagi raya dengan ELRAH EXCLUSIVE.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *